Sedara2ku...

10 December 2013

Hari ni nak cerita tentang iri org tua. Diharap coretan ini menjadi rujukan utk memujuk diri bila tiba masanya.

Dlm melayan kerenah org tua2, saya mendapat satu kesimpulan : ada masa org tua terlalu fokus kepada apa yg mereka tidak ada atau tidak dapat sehingga lupa nikmat tuhan yg mereka nikmati setiap hari.

Antara ayat standard org2 tua:

* anak yg A belikan dapur mahal...
* anak jiran bawa mak nya pergi umrah.
* pak lebai dpt motor sebiji...
Macam2 lagi rungutan dan sungutan sehingga tak perasan anak2 kecil hati...

Ibu2 ayah2 mak2 abah2...
Timah mungkin bagi rm50 je tiap bulan, tp sejak dia mula kerja tak pernah miss bagi maknya. Sedangkan A (bkn nama sebenar) bagi dapur rm1000 sekali lepas tu 5 thn tak bagi apa2 lagi.. selagi dapur tak rosak.

50 dgn 1000 memang beza. Tapi ibarat org putih kata compare apple to apple... 1000 tu 5 tahun sekali! Cuba kira jumlah sumbangan timah kalau jumlahkan utk 5 tahun, rm3000 tu...


06 November 2013

iri seorang nenek....

masing2 sayang anak
ingatlah kalau awak sayang anak
dulu mak bapak sayang awak, begitulah....

mungkin aku salah
tapi nada iri yang bermain difikiranku
mungkin nenek dan atuk juga minta perhatian.

anak menangis minta disuapkan
atuk nenek menangis minta dibelikan
manakan sama... 

atuk nenek
jasamu tetap dikenang
tanpamu siapalah kami

memang benar
ibu boleh menjaga sepuluh anak
belum tentu sepuluh anak boleh menjaga ibu yang satu...

atuk nenek
sebagaimana kamu membesarkan anak2mu
berilah peluang kami membesarkan anak2 kami

Memang perlu membalas jasa
tapi tanggungjawab terhadap anak tak boleh kami lupa
hingga ke akhirat kami menanggungnya...

insyaallah
masa untukmu tetap ada nek
kesian anakmu yang berbelah bagi...


14 October 2013

buat renungan si pelontar kata.

bait2 itu bagai sembilu menusuk kehati
rupa2nya ini lah nilai diri
masa perlu tempat dicari
bila tak perlu disisih ketepi

hati melonjak ingin berkongsi
gundah dihati dengan sang suami
bila memikirkan kesannya nanti..
biarlah.. ku simpan sendiri..

wahai sang pelontar kata
sebelum tidur renung seketika
sakitmu, susahmu suatu ketika
wang ringgit dan kudrat tak pernah berkira

dari bertatih kau dah berlari
selesai sudah tanggungjawab kami
hanya satu harap dimengerti
dah sampai masa kami utamakan keperluan sendiri

adil bukan bermakna sama rata
tidak semudah dibagi tiga atau lima
sila imbas semula
suatu ketika
nak dikongsi atau dibahagi dengan siapa?

fahamilah....









01 July 2013

Beg kulit lembu

Suatu hari staf wanita hindu di ofis saya telah menayangkan beg hadiah dari luar negara,
saya pun kepoh2 nak tanya...
Saya : kulit apa ni?
staf : kulit lembu
sambil membeliakkan mata...
saya : korang ni, lembu ko sembah, kulit lembu selamba je ko pakai.
staf : ala.. bukan saya yang sembelih...
saya malas nak toleh lagi.. terus berlalu....

sungguh takut dengan konsep manusia zaman ni
percaya kepada tuhan, ibarat main pondok2
agama bukan setakat dalam kad pengenalan
agama adalah jalan hidup
itu yang diajar mak bapak kita, datuk nenek kita
ustaz & ustazah kita...

semoga Allah lindungi saya dan keluarga saya dari
memperlakukan agama sebagai bahan ritual sahaja
amin....


10 June 2013

Tafsir Mimpi

Mimpi minggu lepas, masih terpahat dihati.. kenapa ye...
2 malam berturut2 saya mimpi yang pelik.

Malam pertama : suami saya menolak pokok longan disebelah rumah. Pokok tersebut tumbang hingga akar berbungkas keluar. peliknya, pokok tersebut seolah bernyawa, akarnya bergerak2.. sesuatu dalam hati saya berkata, pokok itu sudah lemah... 

Malam kedua : Dalam suasana dirumah? tak pasti dimana, seolah2 seorang wanita menyerahkan sampul surat.. saya letak ditepi kerana perkara sebegitu telah menjadi kebiasaan ditempat saya. Tuan rumah memberikan hadiah dalam sampul surat, kebiasaanya berisi surah yasin. Yang peliknya, bila sepupu saya yang sudah bertahun tidak berjumpa datang kepada saya dan bertanya, "kenapa orang tu bagi sampul ni?" sambil menunjukkan sejumlah wang kertas RM50, tebal, mungkin dalam 100 keping.

Penghujung mimpi2 itu, saya tersedar dan jam menunjukkan pukul 5 pagi...
Saya berharap yang positif... kalau pokok mewakili aura negative yang semakin lemah alhamdulillah...
saya juga berharap, wanita yang menyerahkan wang tersebut mewakili tuan punya jin hijau yang bertaubat dan secara simbolik nak memulangkan wang yg telah dicuri...
wallahualam....

07 June 2013

Padah kebiadapan (2)

Salam
kecoh2 orang yang hina agong kena tangkap?
dengar berita radio pagi tadi katanya dah dibebaskan...
ambil keterangan je dulu kot...

Tahniah kepada pihak berkuasa
walaupun agak terlambat
tunjukkan kepada rakyat yang tak sedar diri ini
bahawa mereka tinggal di Malaysia
negara berperlembagaan
yang mempunyai 5 prinsip rukunegara iaitu :
1) Kepercayaan kepada Tuhan
2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3) Keluhuran perlembagaan
4) Kedaultan Undang-undang.
5) Kesopanan dan Kesusilaan.

Sebelum kita Thailand dah lama ambil tindakan...
orang yang tidak menghormati Raja
tidak layak tinggal di Malaysia.
Saya tertarik dengan gambar yang disebarkan di facebook hari ini...
saya setuju kakak2 semua...

gambar hiasan :dicedok dari facebook


20 May 2013

padah kebiadapan

Assalamualaikum

PRU13 tamat sudah
siapa menang, siapa kalah sudah terserlah
yang masih menyalak tak berpuashati pun dah malas nak diendah
bukan kali pertama,
lepas PRU12 dulu pun begitu juga..

tiba-tiba terlintas dikepala
masih ingat omelan saya tentang himpunan hijau yang diadakan serentak dengan tarikh keputeraan Yang Dipertuan Agong pada 2 Jun 2012? kalau tak ingat boleh rujuk semula di link ini...
http://duniamakngah.blogspot.com/2012/06/himpunan-hijau-mengguris-hati.html
Kebiadapan pakatan terhadap sultan telah mendatangkan kesan
rakyat bangkit, memangkah undi buang pakatan

bukan niat nak menulis tentang politik
diharap pihak berkenaan mendapat iktibar
jangan dijolok mata orang melayu
yang kurang ajar cuma 1 dalam seribu
masih ramai laungkan ampun tuanku






02 May 2013

JOM MENGUNDI


Assalamualaikum
Pilihanraya tinggal 3 hari je lagi...
Di fb wall, saya terpaksa tulis amaran begini...

untuk kawan2.. pilihanraya dah dekat. Kalau anda share post yang isinya ada maki hamun, gelar menggelar dan sewaktu dengannya.. harap maklum, saya tak reti nak hide2 post anda, saya block terus anda... harap maklum...

Sangat sedih bila rata2 para ibu/bapa, share semula post yang mengandungi maki hamun dan gelar menggelar. Saya berusaha menyemai sikap bersangka baik sesama warganegara tanpa mengira bangsa dan agama kepada anak2, tapi,usaha itu seakan sia2 disebabkan pengaruh media lebih kuat dari didikan ibubapa. Cuba selak balik post saya sebelum ni. Moral value jenis apakah yang kita nak ajar pada anak2 kita?
http://duniamakngah.blogspot.com/2012/01/anak2-kurang-ajar-salah-siapa.html

Pegangan politik kita tak semestinya sama, tetapi itu tidak menghalalkan kita memaki hamun orang. Saya benar2 berharap dapat menghidupkan kembali suasana seperti sewaktu kami belajar di Chiba Universiti, Jepun. Tulisan dalam post saya sebelum ni adalah salinan semula dari artikel yang ditulis oleh Kak Pushpa Panadam. Kami bangga jadi anak Malaysia.
http://duniamakngah.blogspot.com/2012/07/malaysians-wherever-we-are.html

Akhirkata, sejarah telah membuktikan peralihan kuasa akan membawa kepada penangkapan pemimpin terdahulu.. saya yakin, semua ini disebabkan oleh matlamat perjuangan politik yang sempit, untuk merampas kuasa dan iri hati dengan kekayaan orang lain. Marcos, Suharto adalah contoh terdekat dengan Malaysia, tetapi adakah negara mereka makmur setelah kejatuhan so-called orang kaya yang zalim dan telah meraih kekayaan peribadi hasil dari pemerintahan kukubesi. Kemanakah arah tujuan kira selepas  ini, fikir2kan lah...


10 April 2013

I love Malaysia : Tabik kepada penjaga tandas Dataran Penggaram, Batu Pahat.

Assalamualaikum
Mercu tanda Dataran Penggaram, Batu Pahat

2 minggu lepas, sewaktu ikut pakngah kerja di Dataran Penggaram Batu Pahat, saya sempat berada disana untuk beberapa jam. Kiranya sempatlah mengulang tandas beberapa kali.
Pujian ingin saya berikan kepada penjaga tandas : Lelaki OKU yang cacat kaki, dan wanita OKU yang katanya lemban...
Disebalik kekurangan mereka, kualiti kerja mereka sangat superb. Setiap kali masuk tandas, bayarannya cuma 30 sen saja. tapi yang saya jumpa:
1) selipar tandas sentiasa tersusun bersih..
2) tandas bersih sampai mengilau.
3) wangi...
Bayangkan kalau ada acara, tentulah ramai orang mengulang tandas tu.. tapi.. mereka boleh kekalkan kebersihan tandas.

Bila saya pergi tandas pada malam tersebut, kualiti tandas dah tak sama.. yang jaga orang lain, wanita ganas... (istilah saya kepada wanita berperwatakan lelaki).
bab selipar tandas memang tersusun, kebersihan, masih ok, tapi kalau dibandingkan dengan waktu siang, kena potong markah...
yang paling kureng... bau hancing dah mula terserlah...

saya tak sempat bertanya nama pasangan yang ber T-Shirt putih dan berseluar jeans yang menjaga tandas pada waktu siang hari tersebut, anda memang superb.. tabik kepada anda... saya pernah pergi ke tandas bayar yang lebih mahal, tak dapat kualiti sebegini...

I love Malaysia : Pantai Minyak Beku, Batu Pahat.

Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Hari Sabtu lepas, En Suami kerja di Batu Pahat.
Kebetulan, Mokda dah bersalin lebih 3 minggu belum sempat jengah lagi.
Jadi, cadangnya, hari Ahad singgah tengok anak sedara baru.
Tapi family pokda nak pergi muar, sambil hantar makyah balik asrama
mungkin terus singgah rumah family mokda tunjuk cucu baru.
Macamana pun, sempat jumpa tolha anak sedara baru, bila pokda singgah di restoran tempat kami sarapan. Tercapai hajat utama nak jumpa Tolha.
cuba tengok gambar kat bawah tu, comel kan....




Dah terlanjur banyak masa, kita surf internet cari mana nak pergi...
pakngah pulak nak singgah kedai yang dicadangkan oleh pokda, tukar tayar cik kia kita....
masa menunggu, calit2 kat hp, jumpa blog tentang Minyak Beku dan sejarah nama Batu Pahat.
check kat google map.. alah, cuma 9km je dari lokasi kedai tayar tu...
apa lagi.. pergi le....
Jalan nya kecil dan berliku, tapi bila dah sampai, memang berbaloi2....
tak percaya? tengok gambar dibawah.




pemandangan dibelakang mengingatkan saya kepada foto yang diambil di tanah lot, Bali, Indonesia.


Jalan menuju ke tempat sejarah asal nama batu pahat.
Perigi didepan tu adalah tempat batu dipahat oleh tentera siam ketika mencari bekalan air tawar sewaktu  melarikan diri dari bendahara melaka... katanya....

sepanjang umur, pertama kali jumpa belangkas hidup. Kata makcik yang beli belangkas ni, isinya bagus untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. tetapi kalau tak pandai masak, boleh termakan sekali racunnya...








































29 March 2013

I love Malaysia: Ostrich farm Kota Tinggi


Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Dah hari jumaat bermakna cuti sekolah dah pun sampai ke penghujngnya. 
Kali ni saya & suami dah siap minta cuti 2 hari
tapi Azam yang tingkatan 3 kena sekolah
maklumlah tahun ini nak menghadapi PMR
Ikut dia tak sekolah tak apa
tapi demi pelajaran mana boleh kompromi
Kami kompromi cuti kami saja
jalan jauh tak boleh
kami search internet cari tempat yang dekat 
Ostrich farm katanya diDesaru
Jangan keliru. Di Pengerang la...
Masuk dewasa RM15 Kanak kanak RM10
Banyak ilmu baru dapat dipelajari
Anak anak seronok dengan pengalaman baru ini
walau tak sampai  1 jam disana
Saya percaya keseronokannya melebihi Percutian yang lama.....






Gembira dalam ngeri 

Azam mencuba keberanian menghulurkan tangan kepada Burung Unta

Familiku

Unbeleivable. Telur burung sekecil itu dapat menampung berat badan saya yang obese....


24 March 2013

aku disini

Aduh...
Bila mak mentua bercerita
Anaknya pun minta perhatian juga
Cucunya pun sibuk mak mak juga
Mata bertumpu di hp depan mataku
Tak tau nak dengar mana satu...

Adakah mereka tak perasan
Aku tak bagi tumpuan
Duhai hati
Aku tak sedih marah pun bukan
Cuma kalaulah aku luahkan
Cakap sorang-sorang perlahan-lahan
Aku masih disini
Boleh dengar sambil makan...







02 March 2013

teh O biskut lemak



Assalamualaikum
Teh O & Biskut lemak
Orang putih kata cream cracker
My favourite all the time
Sangat-sangat terharu
Kepulangan dari hari yg sangat stress
Disambut dengan hidangan ini
Terima kasih my princess Haleeda....

16 February 2013

my friend's stomach is not delicious

Disatu pagi yang amat stres
omelan kawan saya di skype sangat melegakan perasaan
muka yang ketat kerana geram dengan staf yang lambat nak pick-up ajaran tok guru
juga kerisauan dek kerana timeline yang dah terlalu suntuk

Entah dari mana mulanya
kami berbincang tentang tahap penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan graduan sekarang.
tiba2 kawan saya yang seorang ni mengeluarkan contoh
katanya ini true story yang diceritakan oleh seorang pensyarah di universiti.
seorang pelajar yang cuba menerangkan bahawa kawannya tidak dapat hadir kuliah kerana sakit perut telah mengeluarkan ayat ini....

SIR,
MY FRIEND'S STOMACH IS NOT DELICIOUS

hahahaha... tawa saya telah membuatkan orang lain menoleh
dulu2 guru english saya akan mendenda kami sekiranya menyebut satu perkataan bahasa melayu dlm kelas english. Ada lagi tak denda sebegitu ye... 

apa kata anak-muda belajar dari orang Amerika yang berusaha menggunakan Bahasa Melayu dalam video ini. 


fikir-fikirkanlah...




11 February 2013

He was there when you needed him...


gambar ini saya rakam pagi tadi
on d way balik dari hutan bandar
anak2 naik basikal
sementara suami memandu
saya menggunakan peluang untuk mengambil gambar anak2 berbasikal.
terharu melihat si Khaleed "memimpin" Haleeda
sepanjang perjalanan mendaki bukit.

Yang baju oren tu si Khaleed.
Orangnya rajin menyakat
kadang2 mencabar kesabaran dengan bingalnya.
Saya sengaja mereka ayat diatas
untuk Haleeda juga untuk diri saya sendiri
Bila mana Khaleed mencabar kesabaran
kami perlu ingatkan diri
diwaktu kami memerlukan
dia ada disisi...



03 February 2013

kamu ada pilihan

Assalamualaikum wbh
Mlm tadi l/kurang pkl 11, saya dikejutkan dgn panggilan dari seseorang yg saya  kenali. Dgn suara teresak2....
Kisah beliau menjadi mangsa keganasan rumahtangga bukan kali pertama saya dengar. Mungkin segan dgn saya, selalunya saya mendengar kisahnya dari orang lain.
Saya pernah menasihatkannya. Dia ada pilihan utk terus menjadi mangsa atau bertindak! Dia sama seperti yg lain, memilih utk meneruskan kehidupan seperti biasa dan membiarkan diri menjadi mangsa.
Sayang,
Bertindak bukan bermakna menempah tiket utk title janda. Menjadi lumrah manusia suka mengguna falsafah anjing. Menyalak menunjukkan kuasa, musuh takut menang lah dia. Cuba kalau musuh tak takut dan bertentang dengannya, akan kecut simpan salakannya.
Tegas bukan bermakna kamu perlu menyalak. Gunakanlah kebijaksanaanmu mengawal situasi.
Suami adalah pelindung kamu bukan sebaliknya. Fikir-fikirkanlah

27 January 2013

Pilihan kami.....

Assalamualaikum

Akhir tahun 2012 dan awal tahun 2013 adalah tempoh yang amat singkat untuk saya. Jadual yang sungguh padat. Urusan kerja dan keluarga. Thaipusam yang jatuh pada hari ini (Ahad) memberi peluang cuti gantian untuk esok (Isnin). Cadangnya esok suami akan hantar kereta ke bengkel. Setiap hari berjalan hampir 100 km, sesekali demam adat lah....

Pagi tadi tokji telefon, tanya bila nak balik, dia tak sihat katanya. Hati yang jahat dah mula menganalisa situasi... anak-anaknya yang lain2 ada program sendiri. oooo... macam biasalah... bila sunyi,  tokji cari orang untuk bermanja.....hmmmm..... 

Anak-anak mula merungut, maklumlah.. masing-masing ada perancangan sendiri. 
Tiba-tiba Haleeda berkata " Kita nak bawa balik ubat Tokji ke Mak?". 
Dengan selamba saya menjawab " awak le ubat tokji.."
Haleeda tanya lagi , "kenapa pulak?..."
Saya jawab lagi, "Bila kita balik nanti, Haleeda main kat tanah, masuk ikut pintu depan. Nanti tokji akan jerit..MAIN TANAH BAWA PASIR MASUK RUMAH!!!! (sambil mengajuk intonasi tokji). ha, terus baik demam tokji..."
Tak ada niat pun untuk melawak, tapi jawapan spontan saya tadi, telah mengubah mood kami dari mendung jadi ceria...

Kami buat perancangan baru. Esok pagi-pagi kami akan hantar kereta ke bengkel.  Tinggalkan kereta dan bertolak balik rumah Tokji. Pukul 4 petang kami akan bertolak balik ke JB,  insyaallah sempat untuk ambil kereta sebelum bengkel tutup. 

Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami.... 
Semoga pengorbanan yang sedikit ini dapat menggembirakan hati orang tua kami.
Semoga apa yang dilihat anak-anak pada hari ini menjadi tauladan untuk mereka ...
amin....

23 January 2013

testing...

Aslmkm.
Entri pertama thn 2013.
Guess what? Ditaip dari hp!
Semangat thn baru. Tercapai impian nak hp android.
Yes yes yes