Sedara2ku...

27 January 2013

Pilihan kami.....

Assalamualaikum

Akhir tahun 2012 dan awal tahun 2013 adalah tempoh yang amat singkat untuk saya. Jadual yang sungguh padat. Urusan kerja dan keluarga. Thaipusam yang jatuh pada hari ini (Ahad) memberi peluang cuti gantian untuk esok (Isnin). Cadangnya esok suami akan hantar kereta ke bengkel. Setiap hari berjalan hampir 100 km, sesekali demam adat lah....

Pagi tadi tokji telefon, tanya bila nak balik, dia tak sihat katanya. Hati yang jahat dah mula menganalisa situasi... anak-anaknya yang lain2 ada program sendiri. oooo... macam biasalah... bila sunyi,  tokji cari orang untuk bermanja.....hmmmm..... 

Anak-anak mula merungut, maklumlah.. masing-masing ada perancangan sendiri. 
Tiba-tiba Haleeda berkata " Kita nak bawa balik ubat Tokji ke Mak?". 
Dengan selamba saya menjawab " awak le ubat tokji.."
Haleeda tanya lagi , "kenapa pulak?..."
Saya jawab lagi, "Bila kita balik nanti, Haleeda main kat tanah, masuk ikut pintu depan. Nanti tokji akan jerit..MAIN TANAH BAWA PASIR MASUK RUMAH!!!! (sambil mengajuk intonasi tokji). ha, terus baik demam tokji..."
Tak ada niat pun untuk melawak, tapi jawapan spontan saya tadi, telah mengubah mood kami dari mendung jadi ceria...

Kami buat perancangan baru. Esok pagi-pagi kami akan hantar kereta ke bengkel.  Tinggalkan kereta dan bertolak balik rumah Tokji. Pukul 4 petang kami akan bertolak balik ke JB,  insyaallah sempat untuk ambil kereta sebelum bengkel tutup. 

Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami.... 
Semoga pengorbanan yang sedikit ini dapat menggembirakan hati orang tua kami.
Semoga apa yang dilihat anak-anak pada hari ini menjadi tauladan untuk mereka ...
amin....

23 January 2013

testing...

Aslmkm.
Entri pertama thn 2013.
Guess what? Ditaip dari hp!
Semangat thn baru. Tercapai impian nak hp android.
Yes yes yes