Sedara2ku...

16 February 2013

my friend's stomach is not delicious

Disatu pagi yang amat stres
omelan kawan saya di skype sangat melegakan perasaan
muka yang ketat kerana geram dengan staf yang lambat nak pick-up ajaran tok guru
juga kerisauan dek kerana timeline yang dah terlalu suntuk

Entah dari mana mulanya
kami berbincang tentang tahap penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan graduan sekarang.
tiba2 kawan saya yang seorang ni mengeluarkan contoh
katanya ini true story yang diceritakan oleh seorang pensyarah di universiti.
seorang pelajar yang cuba menerangkan bahawa kawannya tidak dapat hadir kuliah kerana sakit perut telah mengeluarkan ayat ini....

SIR,
MY FRIEND'S STOMACH IS NOT DELICIOUS

hahahaha... tawa saya telah membuatkan orang lain menoleh
dulu2 guru english saya akan mendenda kami sekiranya menyebut satu perkataan bahasa melayu dlm kelas english. Ada lagi tak denda sebegitu ye... 

apa kata anak-muda belajar dari orang Amerika yang berusaha menggunakan Bahasa Melayu dalam video ini. 


fikir-fikirkanlah...




11 February 2013

He was there when you needed him...


gambar ini saya rakam pagi tadi
on d way balik dari hutan bandar
anak2 naik basikal
sementara suami memandu
saya menggunakan peluang untuk mengambil gambar anak2 berbasikal.
terharu melihat si Khaleed "memimpin" Haleeda
sepanjang perjalanan mendaki bukit.

Yang baju oren tu si Khaleed.
Orangnya rajin menyakat
kadang2 mencabar kesabaran dengan bingalnya.
Saya sengaja mereka ayat diatas
untuk Haleeda juga untuk diri saya sendiri
Bila mana Khaleed mencabar kesabaran
kami perlu ingatkan diri
diwaktu kami memerlukan
dia ada disisi...



03 February 2013

kamu ada pilihan

Assalamualaikum wbh
Mlm tadi l/kurang pkl 11, saya dikejutkan dgn panggilan dari seseorang yg saya  kenali. Dgn suara teresak2....
Kisah beliau menjadi mangsa keganasan rumahtangga bukan kali pertama saya dengar. Mungkin segan dgn saya, selalunya saya mendengar kisahnya dari orang lain.
Saya pernah menasihatkannya. Dia ada pilihan utk terus menjadi mangsa atau bertindak! Dia sama seperti yg lain, memilih utk meneruskan kehidupan seperti biasa dan membiarkan diri menjadi mangsa.
Sayang,
Bertindak bukan bermakna menempah tiket utk title janda. Menjadi lumrah manusia suka mengguna falsafah anjing. Menyalak menunjukkan kuasa, musuh takut menang lah dia. Cuba kalau musuh tak takut dan bertentang dengannya, akan kecut simpan salakannya.
Tegas bukan bermakna kamu perlu menyalak. Gunakanlah kebijaksanaanmu mengawal situasi.
Suami adalah pelindung kamu bukan sebaliknya. Fikir-fikirkanlah