Sedara2ku...

10 April 2013

I love Malaysia : Pantai Minyak Beku, Batu Pahat.

Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Hari Sabtu lepas, En Suami kerja di Batu Pahat.
Kebetulan, Mokda dah bersalin lebih 3 minggu belum sempat jengah lagi.
Jadi, cadangnya, hari Ahad singgah tengok anak sedara baru.
Tapi family pokda nak pergi muar, sambil hantar makyah balik asrama
mungkin terus singgah rumah family mokda tunjuk cucu baru.
Macamana pun, sempat jumpa tolha anak sedara baru, bila pokda singgah di restoran tempat kami sarapan. Tercapai hajat utama nak jumpa Tolha.
cuba tengok gambar kat bawah tu, comel kan....




Dah terlanjur banyak masa, kita surf internet cari mana nak pergi...
pakngah pulak nak singgah kedai yang dicadangkan oleh pokda, tukar tayar cik kia kita....
masa menunggu, calit2 kat hp, jumpa blog tentang Minyak Beku dan sejarah nama Batu Pahat.
check kat google map.. alah, cuma 9km je dari lokasi kedai tayar tu...
apa lagi.. pergi le....
Jalan nya kecil dan berliku, tapi bila dah sampai, memang berbaloi2....
tak percaya? tengok gambar dibawah.




pemandangan dibelakang mengingatkan saya kepada foto yang diambil di tanah lot, Bali, Indonesia.


Jalan menuju ke tempat sejarah asal nama batu pahat.
Perigi didepan tu adalah tempat batu dipahat oleh tentera siam ketika mencari bekalan air tawar sewaktu  melarikan diri dari bendahara melaka... katanya....

sepanjang umur, pertama kali jumpa belangkas hidup. Kata makcik yang beli belangkas ni, isinya bagus untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. tetapi kalau tak pandai masak, boleh termakan sekali racunnya...








































No comments:

Post a Comment