Sedara2ku...

02 May 2013

JOM MENGUNDI


Assalamualaikum
Pilihanraya tinggal 3 hari je lagi...
Di fb wall, saya terpaksa tulis amaran begini...

untuk kawan2.. pilihanraya dah dekat. Kalau anda share post yang isinya ada maki hamun, gelar menggelar dan sewaktu dengannya.. harap maklum, saya tak reti nak hide2 post anda, saya block terus anda... harap maklum...

Sangat sedih bila rata2 para ibu/bapa, share semula post yang mengandungi maki hamun dan gelar menggelar. Saya berusaha menyemai sikap bersangka baik sesama warganegara tanpa mengira bangsa dan agama kepada anak2, tapi,usaha itu seakan sia2 disebabkan pengaruh media lebih kuat dari didikan ibubapa. Cuba selak balik post saya sebelum ni. Moral value jenis apakah yang kita nak ajar pada anak2 kita?
http://duniamakngah.blogspot.com/2012/01/anak2-kurang-ajar-salah-siapa.html

Pegangan politik kita tak semestinya sama, tetapi itu tidak menghalalkan kita memaki hamun orang. Saya benar2 berharap dapat menghidupkan kembali suasana seperti sewaktu kami belajar di Chiba Universiti, Jepun. Tulisan dalam post saya sebelum ni adalah salinan semula dari artikel yang ditulis oleh Kak Pushpa Panadam. Kami bangga jadi anak Malaysia.
http://duniamakngah.blogspot.com/2012/07/malaysians-wherever-we-are.html

Akhirkata, sejarah telah membuktikan peralihan kuasa akan membawa kepada penangkapan pemimpin terdahulu.. saya yakin, semua ini disebabkan oleh matlamat perjuangan politik yang sempit, untuk merampas kuasa dan iri hati dengan kekayaan orang lain. Marcos, Suharto adalah contoh terdekat dengan Malaysia, tetapi adakah negara mereka makmur setelah kejatuhan so-called orang kaya yang zalim dan telah meraih kekayaan peribadi hasil dari pemerintahan kukubesi. Kemanakah arah tujuan kira selepas  ini, fikir2kan lah...


No comments:

Post a Comment