Sedara2ku...

10 June 2013

Tafsir Mimpi

Mimpi minggu lepas, masih terpahat dihati.. kenapa ye...
2 malam berturut2 saya mimpi yang pelik.

Malam pertama : suami saya menolak pokok longan disebelah rumah. Pokok tersebut tumbang hingga akar berbungkas keluar. peliknya, pokok tersebut seolah bernyawa, akarnya bergerak2.. sesuatu dalam hati saya berkata, pokok itu sudah lemah... 

Malam kedua : Dalam suasana dirumah? tak pasti dimana, seolah2 seorang wanita menyerahkan sampul surat.. saya letak ditepi kerana perkara sebegitu telah menjadi kebiasaan ditempat saya. Tuan rumah memberikan hadiah dalam sampul surat, kebiasaanya berisi surah yasin. Yang peliknya, bila sepupu saya yang sudah bertahun tidak berjumpa datang kepada saya dan bertanya, "kenapa orang tu bagi sampul ni?" sambil menunjukkan sejumlah wang kertas RM50, tebal, mungkin dalam 100 keping.

Penghujung mimpi2 itu, saya tersedar dan jam menunjukkan pukul 5 pagi...
Saya berharap yang positif... kalau pokok mewakili aura negative yang semakin lemah alhamdulillah...
saya juga berharap, wanita yang menyerahkan wang tersebut mewakili tuan punya jin hijau yang bertaubat dan secara simbolik nak memulangkan wang yg telah dicuri...
wallahualam....

07 June 2013

Padah kebiadapan (2)

Salam
kecoh2 orang yang hina agong kena tangkap?
dengar berita radio pagi tadi katanya dah dibebaskan...
ambil keterangan je dulu kot...

Tahniah kepada pihak berkuasa
walaupun agak terlambat
tunjukkan kepada rakyat yang tak sedar diri ini
bahawa mereka tinggal di Malaysia
negara berperlembagaan
yang mempunyai 5 prinsip rukunegara iaitu :
1) Kepercayaan kepada Tuhan
2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3) Keluhuran perlembagaan
4) Kedaultan Undang-undang.
5) Kesopanan dan Kesusilaan.

Sebelum kita Thailand dah lama ambil tindakan...
orang yang tidak menghormati Raja
tidak layak tinggal di Malaysia.
Saya tertarik dengan gambar yang disebarkan di facebook hari ini...
saya setuju kakak2 semua...

gambar hiasan :dicedok dari facebook