Sedara2ku...

14 October 2013

buat renungan si pelontar kata.

bait2 itu bagai sembilu menusuk kehati
rupa2nya ini lah nilai diri
masa perlu tempat dicari
bila tak perlu disisih ketepi

hati melonjak ingin berkongsi
gundah dihati dengan sang suami
bila memikirkan kesannya nanti..
biarlah.. ku simpan sendiri..

wahai sang pelontar kata
sebelum tidur renung seketika
sakitmu, susahmu suatu ketika
wang ringgit dan kudrat tak pernah berkira

dari bertatih kau dah berlari
selesai sudah tanggungjawab kami
hanya satu harap dimengerti
dah sampai masa kami utamakan keperluan sendiri

adil bukan bermakna sama rata
tidak semudah dibagi tiga atau lima
sila imbas semula
suatu ketika
nak dikongsi atau dibahagi dengan siapa?

fahamilah....