Sedara2ku...

14 October 2016

JANGAN ANIAYA ORANG

Assalamualaikum
dah lama sangat tak menulis, hari ni tiba2 datang mood pulak...

Dalam kehidupan seharian kita, kadang2 kita berjumpa dengan orang yang sangat mencabar kesabaran dan keimanan.. kadang2 rasa nak give up, kadang rasa macam nak hempuk je manusia2 sebegini...
Alkisahnya ada lah seorang manusia yang amat menyampah dengan saya, kalau tengok muka saya nak jegil mata je.. kalau cakap tu mak ai.. macam kita sebatu volume dia.. sebab tu la kawan2 sekerja gelar dia pekak.. syyy.... dia mmg ada sound trouble.   Bila buka mulut je, ayatnya memang menghina orang..  contoh ayat ; wa mau tanya arrrr lu tau engulish tak? kalau lu tau engulish ah.. lu tau apa itu profesyenel sekuriti guard? (ejaan mengikut sebutan beliau). 

nak ketawa ke nak marah dengan orang macam ni.. purposely panggil kat depan orang ramai nak jatuhkan air muka kita, konon2 nak beritahu, wa banyak power, semua orang takut.. ayat tu memang andaian, berdasarkan ayat beliau dalam kes2 orang lain...

dia lepaskan geram kat saya pukul 9 pagi, lepas tu MIA (hilang tak dapat dikesan). Tengahari tu ada orang call cari orang pandai sangat ni.. bahasa ala2 cerita yang syamsul yusuf arahkan tu..  pesan suruh dia bayar otang.. dah letak telefon baru terfikir, agaknya ah long kot... (nampak sangat bab ah long ni saya kurang exposure). esoknya call lagi berkali2.. entah berapa orang angkat, semua dapat pesanan yang sama....

Kesimpulan yang saya dapat, jangan aniaya orang. Kalau tuhan nak balas, kejap je....


No comments:

Post a Comment